Saturday, July 18, 2009

AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU YENILIA 17-07-2009

Sahabatku Yenilia
Tatkala ku mendapat berita pemergianmu buat selamanya
Ku rasa baru semalam ku menemui dan bersembang denganmu
Masih tergiang giang lagi kata yang kau ucapkan padaku
"Nia, Jangan risau Yen pasti sihat dan balik jua nanti"
Itula kata yang kau lafazkan padaku sebelum ku berangkat balik ke sini
Di kesempatan itu juga ku memeluknya dengan erat
Dan dengan rasa sayu dan berat hati ku pergi jua
Dan kini baruku sedar bahawa itulah hari terakhir aku bersama mu
Kiranya ku tahu saat itu terakhir ku takkan sia-siakan masa bersama
Ku kan tetap merindui sahabatku Yen
Yang pasti 17-07-09 dan 30-07-77 tetap dalam kenangan
Semoga rohmu di cucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang orang yang beriman
Amin

No comments: